Di sebalik Harry Potter Harry_Potter

Idea Harry Potter tercetus di fikiran J. K. Rowling atau nama sebenar beliau, Joanne Kathleen Rowling ketika menaiki kereta api dari Manchester ke London pada tahun 1990. Pada waktu itu, beliau baru berpisah dengan bekas suaminya dan mengambil inisiatif untuk menjadikan Harry Potter sebagai inspirasi hidupnya. Beliau telah mengisi masa di dalam perjalanannya itu dengan memikirkan sebaik-baiknya plot yang lengkap untuk cerita tersebut.

Sebelum wujudnya Harry Potter, hidup beliau amat susah, ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Hidupnya sebagai penulis tidak tentu arah lebih-lebih lagi setelah bercerai dengan bekas suaminya. Beliau kembali ke London untuk meneruskan penulisannya. Karyanya ini telah banyak kali ditolak oleh syarikat penerbitan kerana penerbitnya yang kurang berminat dan disertakan dengan bermacam-macam alasan. Akhirnya, syarikat Bloomsbury memberi peluang kepadanya lalu tanpa disedari, telah mengubah hidup J. K. Rowling yang miskin dan susah kepada seorang penulis selebriti antara yang terkaya dan berpengaruh di dunia.

Kini, siri Harry Potter telah menjadi salah satu siri novel terlaris di dunia yang turut dialihbahasa kepada lebih 50 buah bahasa.

Joanne Kathleen Rowling, orang yang menjadi titik tolak kepada Harry Potter

Rujukan

WikiPedia: Harry_Potter http://www.abc.net.au/news/newsitems/200705/s19293... http://www.arthuralevinebooks.com/awards.asp http://www.bloomsbury.com/harrypotter/ http://www.businessweek.com/innovate/content/jul20... //scholar.google.com/scholar?q=%22Harry+Potter%22 http://translate.google.com/translate?u=https://en... //www.google.com/search?&q=%22Harry+Potter%22+site... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Harry... //www.google.com/search?q=%22Harry+Potter%22&tbm=n... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Harry+Potte...